Hm , dah berapa hari tak update blog . Hehe , sebab penat LOL ! -.- Hee , kite kan dah start busy dengan aktiviti sekolah ni . Woaaaaaaa , nak kejar sijil , nak kejar markah . Tapi pelajaran pun tak lupa juga :) Biasalah , nak SPM tahun ni barulah nak terkejar-kejar semuanya . Bukan apa , sijil dah banyak tapi hilang semua satu fail tak ingat letak kat mana :O Ishhh , geramnya . Takkan lah terbuang time kemas rak buku last year ? Eee , rugi sangat . Thats why ah sibuk terkejar-kejar sijil ni . Okayokay , bukan nak cite pasal ni lah sekarang . Nak cerita pasal apa aku buat hari ni ?!
Ehemehem , pagi tadi bangun awal . Macam nak pergi sekolah tu . 0630 dah bangun tau . Ngeee ^^ Bukan senang nak tengok aku bangun awal hari Sabtu ni . Then , Anies amik kat rumah , kiteorang gerak pergi Pantai Kelanang utuk pemilihan Lari Berhalangan Kadet Polis untuk ke kem peringkat negeri . Kiteorang sampai agak awal lah jugak . Bila semua sekolah dah sampai , ada dalam 15buah sekolah lah jugak . Wakil untuk pemilihan hanyalah 6orang wakil perempuan dan 6orang wakil lelaki setiap sekolah . Tapi , sekolah kiteorang hantar lebih wakil . Terpaksa buang orang yang terlebih tu . Hm , aku serba salah jugak . Kesian kat dorang datang , tapi tak dapat buat pemilihan . So , aku , Anies , Fiffy , Nanie , Sasha , and Teha yang terpilih . Time tengah berkumpul memang ah tengah panas kan ? Budak-budak ni panggil aku 'PUTERI LILIN' . Apa ? Ingat aku tak boleh kena panas ke ? Ni Sasha yg start dulu ni -,- Yang lain semua ikut . Ishhh , bully Senior nampak ? HAHAHA . Kiteorang pun start lari , tapi macam merentas desa biasa je . Tak jauh sangat , 3.4km macam tu lah . Aku dah dapat Top5 tapi separuh jalan tu pancit lah sebab aku bernafas guna hidung , selsema tak baik lagi , thats why ah cepat semput . HAHA , lastly dapat nombor 11 . TERUK OKAY ! Lagi sikit je nak dapat Top10 . Alhamdulillah , kesemua 6orang wakil TEDA dapat Top30 . Top7 dah confirm pergi kem tu . Yang selebihnya , ada pemilihan untuk kawad pulak . Ish , dah lah lama tak kawad ni . Kawad dah pergi jauh jugak ah , tibatiba kantoi pulak time dia bagi arahan salah , aku pergi buat jugak . HAHA , memang kena out lah kan . Tapi bangga sebab aku last yg out . CONGRATS to Anies , Fiffy (sarjan kite ni) and Sasha (comel katanye) , ahaha sebab terpilih untuk ke kem tu . Aku pulak masih ada peluang terakhir . Aku terpilih untuk pergi ke pemilihan menembak ! Yeay , 5orang je tau yg dipilih . Aku , Nanie , Ika Fazlin , Fazlin and Eyn Najwa . Sumpah Excited gilaaaaaaaaa :'D Wish me luck okay , guys !
*Tapi , aku tengah sakit ni . Bukan sakit hati tapi kuku ibu jari kaki belah kanan aku ni , terasa macam nak tercabut . Aku dah rasa sakit macam kuku cengkam , tapi aku push lari lah kawad lah , bila balik buka je stokin terasa nak tertanggal . Jalan pun terasa nak tercabut jugak kuku ni . Dah bengkak dah ni . Apa aku nak buat ni . Sakit yang teramat sangat sampai aku susah nak jalan . Seksa sangat ni :'( Kulit ni tengah sesi pemutihan after selesai Olahraga haritu , but now sambung RENTUNG balik sebab terlibat dengan Kadet Polis ni :)