Tuesday, May 3

Penunggu Istana

Hell yeah , dah berapa hari tak update blog ni . Teheee , biasalah busy lepak sana-sini . Then , malas nak online . Thats why ah tak update blog . Online pun , tengok Facebook jap then off -..- Okayokay , kite nak cite pasal apa ni ? Haaaa , now April dah tamat en ? So , 30 April haritu aku pergi Sunway Pyramid dengan Family lah kannn . Plan memang nak tengok movie . Sampai sana beratur panjang kay time nak beli ticket tu . Then , kiteorang pilih nak tengok Penunggu Istana . Best lah cerita dia sebab pasal kisah benar kannn . Rakaman pun , rakaman yg sebenar bukan lakonan . Eventhough tak nampak sangat hantunya tapi lagi seram nak tengok daripada movie yg lakonan tu .


Sinopsis Filem PENUNGGU ISTANA Di Pawagam Mulai 21 April 2011

Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.

Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

MISTERI ISTANA BILLAH TERJAWAB DALAM FILEM PENUNGGU ISTANA

Pada 2010, lima pelajar cuba merungkai misteri di sebalik kejadian aneh dan menyeramkan yang dikaitkan dengan sebuah rumah tua di Papan, Perak yang dikenali sebagai Istana Billah.

Di rumah berusia lebih 100 tahun yang terbiar tidak berpenghuni itu, mereka yang dibantu kumpulan pengkaji entiti paranormal, Seekers, menyusuri cerita di sebalik musibah yang menimpa sekumpulan krew sebuah produksi TV, “Warkah Terakhir” setahun sebelumnya.

Pengalaman yang sepatutnya melengkapi kajian bagi kertas projek mereka dalam mendapatkan keputusan cemerlang, sebaliknya berubah menjadi catatan sebuah perjalanan yang mengerikan. “Penunggu Istana” adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir mereka.

Naratifnya dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Cantuman footage amatur yang difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Bilah itu cuba mencari jawaban terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.

Uncle Seekers yang mengetuai kumpulan Seekers, menjadi tempat rujukan dalam usaha mencari bukti-bukti keujudan makhluk halus ini yang dikatakan punca di sebalik kejadian menyeramkan yang menyelubungi Istana Bilah.

Soalnya, sejauh manakah teori saintifik dengan gajet moden yang dibekalkan Seekers kepada pelajar berkenaan berupaya merungkai kesahihan kewujudan makhluk halus yang diburu itu?

Bagi pelajar tadi, keanehan yang dialami di rumah berkenaan dengan kejadian mistik, bunyi-bunyi misteri dan penurunan suhu mendadak yang dikatakan petunjuk mengenai kehadiran makhluk halus, bagaimanapun tidak mencukupi.

Keghairahan dan ketamakan untuk meraih perhatian, dikatakan menguasai sebahagian pelajar. Berbekalkan peralatan yang ditinggalkan kumpulan Seekers, mereka meneruskan kajian di rumah berkenaan.

Dengan ketaksuban mereka mencari jawapan untuk merungkai kejadian-kejadian aneh istana tersebut akhir membawa kepada pelbagai konflik yang makin bercelaru pada tujuh hari terakhir mereka terperangkap.

Dan, buat pertama kalinya footage amatur itu akan ditayang buat tatapan umum melalui filem seram pertama di Malaysia bergenrekan Paranormal ‘Penunggu Istana’ di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 April 2011.

MISTERI ISTANA BILLAH TERJAWAB DALAM FILEM PENUNGGU ISTANA


apakah yg terjadi kepada mereka berdua ini suatu rekaan,sekadar hanya ingin meng'indah'kan jalan cerita atau benar2 berlaku??so,saksikanlah cerita ini d pawagam berdekatan anda sekarang :)


Dari atas , Yaya , Amar , Fyra , Amar , Sara . 
Bahagian tingkat bawah . 
Bahagian tengah dalam istana tu , tempat kamera-2 diletakkan .

*By the way , Aku dah lama tak balik rumah nenek . Rasanya dah lama lah kan -.- Then , haritu sabtu haritu lepas tengok movie kat Sunway , gerak pergi Uptown Shah Alam . Haha , nak tahu tak aku jumpa siapa ? Jumpa WAWAN LUCKER ! Pffttt , hihi . Dia yg tegur dulu . Tak sangka boleh jumpe dia . Suka gilaaa , rinduuuuuuu :') Adalah lagi jumpa budak-budak sekolah aku . Aku merayau kat Shah Alam pun jumpa Budak Banting . Tak faham aku ?! -.-' Then , balik rumah nenek , lepak dengan cousin , aunty , memang benda paling best lah kan . Saudara-mara ramai . Tak kira petang ke malam , sibuk berbasikal je . BMX ? Fixie ? Basikal tua ? Mountain Bike ? Rock Bike ? Racing Bike ? Well , semua ada lah wehhh . Cehh , belagak ah kau Pyka . Haha , bukan aku punya semuanya . Maksud aku , kat rumah nenek aku macam-macam ada . Eventhough cuti 3 hari je , dah best dah buang masa kat rumah nenek . Makan ? Tak usah cakap lah , makanan tak pernah habis . Asik masak sedap-2 je . Baru 3hari duduk situ badan dah naik lagi -.- Kbye , tu je aku nak cakap :D