Tuesday, January 3

Everything is "NEW"

Assalamualaikum semua. Hihi hai korang! Pejam celik pejam celik alahai dah 2012? Dah habis SPM? Dah tak sekolah? Dah kerja? Ishhh, masa berjalan terlalu cepat kan? Perasan tak? Okay tak perasan takpe... Sekejapnya lah dah tua, sekejapnya lah dah besar, sekejapnya lah dah kena cari duit sendiri untuk masa depan yg akan datang. Sampai bila nak mengharap duit mak bapak je kan? Kite pun ada kehendak sendiri :) 


For me, everything is new in 2012. Saya dah bekerja, saya dah nak meningkat dewasa, saya dah ada tanggungjawab lagi besar daripada tanggungjawab belajar kat sekolah dulu. Time sekolah memang malas nak sekolah, merungut sana sini. Sebulan tu sekolah boleh di kira -.- Tapi hakikatnya, benci macam mana pun sekolah, dah lepas habis sekolah nanti baru lah kite rasa rindu nak sekolah lagilagi kalau kite dah penat bekerja ke apa semua kan. Baik penat sekolah daripada penat kerja. Sekolah sekejap je kan, pagi sampai tengahari, lepastu cuti dua hari. Sekarang ni saya kerja, 10.30pagi - 10.30 malam, paling lewat sampai 12malam. Cuti? Sehari je T.T Dulu sekolah sibuk nak kerja, tapi bila dah kerja baru kenal erti kesusahan nak cari duit. Mcm mana lah parents kite boleh bertahan kerja bertahun-2 nak cari duit untuk kite. Untungnya dapat parents yg bertanggungjawab kan :) Terima kasih Ibu&Ayah. 

Penat bekerja macam mana pun, saya tetap kena kerja. Saya rasa saya dah taknak sambung belajar. Saya nak terus bekerja, kumpul duit untuk bisnes sendiri. Itu matlamat saya sekarang ni. Demi masa depan, untuk hidup senang, saya memang akan bekerja dan saya dah fikir masak-2 taknak sambung belajar lagi. Orang yg tak berpelajaran tinggi pun boleh berjaya kan kalau mereka pandai nak atur hidup mereka dan berusaha lebih. Dah banyak dah contoh yg saya tengok mereka berjaya dalam hidup padahal belajar sampai SPM je. Sometimes, yg takde SPM pun boleh berjaya. But, sijil SPM tu penting untuk saya. So, nak taknak saya kena amek SPM. Dah lepas dah pun, tapi belum lega lagi sebab tak tahu result. Arghhhh, takutnya :'/ 

Saya takkan bekerja kat satu tempat je, after a few months mungkin saya akan kerja kat tempat lain pulak untuk gaji yg lebih tinggi and nak cari pengalaman baru. But setakat ni, saya kerja di kedai phone je. Ok lah juga, sebab bos sporting sangat sangat. Kadang-2 bukan senang nak kerja dengan cina kan? Tapi bos saya memang lah sangat baik dan sporting. Saya selesa kerja dengan dia. Walaupun bosan atau penat, tapi bila bos pun ok tak cerewet suka buat pekerja ketawa, jadi rasa penat tu kurang lah :) Mula-mula tu bosan tapi bila dah seminggu kerja, saya rasa seronok sebab saya dah tahu sedikit sebanyak pasal handphone and yg bestnya saya boleh dapat discount nak beli pape kat situ, kadang-2 free je boss bagi sebab saya staff :P Memang gaji ni japgi aku beli phone baru ah kannnnnnn haha. Macam-2 customer yg saya jumpa walaupun baru seminggu kerja, yg baik, yg cerewet, yg marah-2 :'O Suka tak suka, apa yg saya perlu buat "stay cool and just smile" :) Kita tak boleh nak bermasam muka dengan customer WALAUPUN kite tak suka perangai customer tu. Tapi kalau customer tu dah lebih sangat, ada caranya untuk mengatasi bukan dengan cara memarahi mereka, tapi menegur dengan cara elok. 

Hubungan dengan Azim, setakat ni ok ok je. Takde masalah, dia lah yg selalu amek saya balik kerja, rehat pe semua. Thanks to Ayah juga yg selalu hantar pergi kerja and bagi duit belanja. Azim belum kerja lagi, kerja dia sekarang main bola je. Tapi tak tahu sampai bila, dia kata taknak main bola dah sebab takut muda-2 lagi kaki dah rosak asik kena attack je kaki tu time main bola. Bersukan pun risikonya lagi tinggi, apa-2 saje boleh berlaku pada kite walaupun kite dah ambil langkah berjaga-jaga. Saya suka rambut Azim sekarang hihi, dia dah potong rambut pendek, mcm dia pulak yg nak sekolah kan? Adek saya yg nak sekolah tu pun tak potong rambut lagi haihh --' Tapi comel ohhh rambut dia macamtu heeeee ok stop puji dia nanti dia perasan xD Tapi kesian kat dia, selalu saya yg masakkan, selalu saya yg bersihkan muka dia kalau ada jerawat, selalu saya yg basuh baju dia, tapi sekarang saya dah takde masa. Cuma boleh basuh baju dia je, masakkan tu memang tak ah. Tapi kadang-2 saya balik kerja, dia lapar, saya masakkan lah nasi goreng ke maggi ke pape je lah yg senang. Kurus lah Azim japgi heehe, takmoo kurus ahhh nak biar badan tough mcmtu ok? Hihi, sayang awak sangat :-*


Adek saya yg kecil yg comel ni, si Qamarina. Dia selalu tunggu saya balik kerja. Dia adik yg paling rapat dengan saya. Nanti dia mesti nak tidur sebelah saya, kat rumah tu asik tengok jam je sebab nak tunggu saya balik. Kalau saya balik, dia peluk dia cium. Lepastu minta chewing gum, haiyaaaaa -.- Haha, kalau sempat saya beli lah xD Saya balik lewat sampai pukul12 pun dia sanggup tunggu. Lepastu, dia ni bijak gak. Baru 5tahun dah pandai tengok jam padahal jam tu jenis yg takde number punya. Selalu budak-2 kan pandai tengok jam digital je. Tapi adek saya tidak, dia pandai tengok jam yg ada jarum tu tapi yg takde number. Kira dia pandai agak ah time tu pukul berapa. Ok lah, setakat tu je cerita dah panjang sangat ni. Kalau ada masa saya update lagi byebye. Happy New Year to all :'>