Tuesday, January 17

Kata hati


Hai Sayang, saya saje je nk buat post ni untuk awak. Saje nk luahkan kata hati saya. Saya tak tahu nk share dengan siapa. Saya pun bukan jenis orang yg berani nak cakap face to face sangat. Hehe, nampak tak pengecut saya tu? Saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah silap kat awak. Semua orang ada buat salah. Takde manusia yg sempurna kan? Dah 7bulan saya bersama dengan awak, gelak tawa semua kite dah harungi.. Alhamdulillah, takde orang ketiga. Saya bersyukur, tapi andai lah kata ada orang ketiga, saya berharap sangat saya dapat kawal perasaan saya untuk mempertahankan hubungan kita. Yelah, zaman sekarang bukan senang nk cari lelaki yg ikhlas cintakan kita. Saya tak pandang pada harta, saya pandang pada hati. Jujur saya katakan, dulu memang saya pandang pada harta, saya seorang yg materialistik tapi saya sedar, akibat terlalu mengejar yg berharta, padahnya hati kita yg terluka. Tak kekal lama pun, lelaki tu berharta kan, dia boleh ambil kita bila-2 masa, dia boleh campak buang kita bila-2 masa juga. Tolong jaga hati saya, tolong jaga saya dengan sebaik-baiknya kerana saya tak mampu nak jaga diri saya sendiri tanpan bantuan orang lain untuk menjaga saya. Setiap orang boleh berubah kalau mereka nak berubah kan? Sama ada berubah jadi jahat atau baik tu tak tahu lah. Saya harap, hati saya takkan berubah. Saya takut saya tak kuat nak kawal perasaan saya :( Saya takut sangat awak. Saya takut, saya berubah walaupun saya cuba untuk tidak berubah. Saya takut, saya tinggalkan awak sedangkan saya sudah bejanji. Saya kena tepati janji saya, tapi saya takut. Saya tak tahu kenapa sekarang saya rasa semua tu. Tapi bukan niat saya nk berubah atau nak tinggalkan awak. Saya cuma perlukan semangat, sokongan dari ramai pihak untuk saya pertahankan hubungan kita. Saya jujur sayangkan awak. Awak dah cukup sempurna walaupun mungkin bagi orang lain, tak cukup pada paras rupa atau harta tapi pada hati saya rasa awak dah sempurna. Cara awak layan saya, layan kerenah  saya, kerenah adik saya, ambil berat pasal saya. Semuanya! Saya harap awak boleh beri kepercayaan kepada saya, sebab saya sudah pun beri kepercayaan saya pada awak. Saya tahu awak takkan lukakan hati saya. Mungkin perasaan risau saya ni hanya sementara. Maaf kalau saya ingin berseronok dengan kawan-2, saya harap awak izinkan. Tipu lah kalau saya kata, saya tak ingin langsung nak berseronok dengan kawan-2, saya sedar saya sudah berpunya tapi tak salah kalau saya berkawan kan? Saya tahu batas-2 saya. Awak jangan risau :) Tiada orang kat dunia ni suka di konkong, saya tahu awak faham saya dan awak bukan jenis mengongkong saya. Saya tahu awak pun dah beri kepercayaan pada saya. Saya akan cuba tidak merosakkan kepercayaan awak pada saya tu k. Awak remaja, saya remaja. Awak mesti faham macammana hidup sebagai seorang remaja. Ada kalanya kita nak meluangkan masa bersama rakan, keluarga, dan juga couple kita. Saya pun tak pernah halang awak kalau awak nak lepak ke apa ke. Lagi-2 sekarang ni saya dah bekerja. Saya kurang masa untuk awak. So, saya sangat izinkan kalau awak nak pergi lepak mana-2 dengan kawan awak kalau awak bosan semasa waktu saya sedang bekerja. Saya minta maaf sebab tak banyak luangkan masa untuk awak. Saya harap awak boleh biasakan diri awak dengan keadaan ini. Awak pun akan bekerja juga lepasni, so walau tiada masa untuk luangkan bersama macam mana pun kita tetap kena ambil tahu antara satu sama lain k. Saya sayang awak.

HAPPY ANNIVERSARY 7MONTHS, SAYANG :-*
ILOVEYOU...