Wednesday, December 12

Just Married ♥


Perkahwinan merupakan akad yang terjalin antara lelaki dan perempuan yang membolehkan mereka menggauli antara satu sama lain bagi memenuhi tuntutan fitrah. Perkahwinan merupakan ketetapan Ilahi untuk umat manusia dan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. Setiap makhluk diciptakan dalam keadaan berpasang-pasangan sedangkan Allah s.w.t. adalah Maha Esa dan tidak berhajat kepada makhluk. Antara lelaki dan wanita ada perasaan saling memerlukan dan saling melengkapi baik dari sudut rohani, aqliah, sosial, jasmani, emosi dan naluri seks. Satu-satunya jalan untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut ialah dengan perkahwinan.

Perkahwinan menurut Islam adalah salah satu institusi kekeluargaan asas dalam sistem sosial masyarakat Islam. Tujuan yang utama ialah meneruskan entiti manusia di bumi dan menjaga keturunan agar jelas dan tidak ada sebarang keraguan.









SEMOGA PERKAHWINAN KAMI KEKAL ABADI SEHINGGA AKHIR HAYAT KAMI DAN KAMI DAPAT BERBAHAGIA BERSAMA MAHU PUN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. MOGA KAMI JUGA DI KURNIAKAN ANAK-2 YG SOLEH DAN SOLEHAH. Amin Ya Rabbal Alamin..